Search This Blog

Tuesday, 1 November 2011

Curry Laksa (Mee Kari)










Percaya tak, abah tak makan pun kuih-kuih manis yang mak masak ! Abah memang tak suka manis sangat sebab abah kata abah dah manis ... hehehe. Tapi kalau mak masak mee kari ni, hmmm ... abah suka! Jom kita intai, apa bahan-bahannya ...

500 gms mee kuning - celur
200 gms taugeh - celur
200 gms sawi - celur
3 urat kacang panjang - celur
15 biji telur puyuh - rebus & buang kulit
bawang goreng
(fish ball, fish cake, kerang, ayam, udang, sotong - optional)

Kuah:
(A) - tumbuk halus
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

(B) - rebus & blend - ambil airnya sahaja
200 gms ikan bilis
500 ml air
6 ulas bawang putih
3 inci halia

4 cmb rempah kari
250 gms santan pekat (sebiji kelapa)
2 cmb minyak untuk menumis
tahu serap secukupnya
  • panaskan minyak dalam periuk
  • tumis (A) hingga masak
  • masukkan rempah kari
  • masukkan bahan (B), masak hingga mendidih
  • masukkan santan, tahu serap (kalau suka boleh masukkan ayam, kerang, udang, ayam)
  • tambah garam secukup rasa


No comments:

Post a Comment