Search This Blog

Sunday, 30 October 2011

Chocolate Brownie - resipi Chef Norman Musa @Ala Carte


Brownies ni sedap ... rasa chocolate sangat ... dia tak lah lembut macam kek, agak chewy, agak manis (tapi tak la manis giller). Dia crunchy kat atas tapi sangat moist kat dalam ... penuh rasa coklat yang kami adik beradik suka ... :) Mak terpaksa akur dengan permintaan kami - "Jangan letak kacang !!! " ...

300 gms dark chocolate
200 gms tepung gandum
300 gms gula putih
250 gms butter
5 biji telur
100 gms chocolate chips
50 gms kacang gajus (mak tak letak sbb kitaorg tak suka)

  • Pecahkan chocolate menjadi kepingan kecil dan masukkan dalam mangkuk kaca dengan mentega. Kukuskan hingga kedua dua bahan menjadi cair.
  • Setelah cair, angkat mangkuk dari periuk kukus dan masukkan telur satu per satu di selang seli bersama gula dan tepung digaul sedikit sedikit. Gaul setiap kali telur, gula dan tepung dicampur. Ulang proses ini hingga semua telur, tepung dan gula habis dicampur. Masukkan separuh chocolate chip dan kacang gajus yang telah dihancurkan.
  • Siapkan dulang pembakar dengan kertas minyak, sapukan sedikit mentega supaya brownies tidak akan melekat selepas dibakar. Tuangkan adunan dan sapukan supaya menjadi rata. Akhir sekali, taburkan lebihan chocolate chip dan kacang gajus.
  • Panaskan oven dengan suhu 180'C dan bakar selama 25 minit supaya brownies tidak menjadi terlalu kering. (mak bakar 50 minit)



Kami nak jugak yang macam Chef Norman buat kat TV ... tq mak !

No comments:

Post a Comment