Search This Blog

Monday, 31 October 2011

Nasi Ayam Hainan


Nasi Ayam ni resipi dari Nenek Mummy ... kalau mak masak, ok la ... tapi kalau nenek masak, best giller ! Hari tu mak masak, licin kami makan ! Jom kita tengok resipinya ...

Stok Ayam :
1 ekor ayam (potong 4; bersihkan)
2 inci halia - blend
1 labu bawang putih - blend
3 sudu makan minyak bijan
serbuk perasa (kalau suka)
garam secukup rasa
  • rebus semua bahan (kecuali minyak bijan) hingga ayam masak
  • bila ayam dah betul-betul masak, baru letak minyak bijan & tutup api.
Nasi :
4 pot beras (cuci & toskan)
1 inci halia - blend
5 ulas bawang putih - blend
3 helai daun pandan - simpulkan
2 cmb planta
2 cmb minyak masak
6 pot stok ayam (bergantung pada beras)
  • panaskan planta & minyak masak
  • tumis bawang putih & halia, bila dah perang masukkan daun pandan
  • masukkan beras, goreng sebentar
  • masukkan stok ayam
  • masak macam masak nasi biasa (bila dah kering air, tutup periuk & slowkan api)
Ayam:
  • keluarkan ayam dari stok
  • goreng hingga garing
Sos Cili:

5 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia muda
5 biji limau kasturi - perah airnya
1 cmb minyak bijan
2 cmb kicap masin
  • blend semua bahan
Sos Kicap:

2 ulas bawang putih
1/4 inci halia
2 cmb sos tiram
2 cmb kicap masin
stok ayam secukupnya
sedikit minyak
  • panaskan minyak
  • tumis bawang putih & halia
  • masukkan sos tiram, kicap & stok ayam

Sunday, 30 October 2011

Chocolate Brownie - resipi Chef Norman Musa @Ala Carte


Brownies ni sedap ... rasa chocolate sangat ... dia tak lah lembut macam kek, agak chewy, agak manis (tapi tak la manis giller). Dia crunchy kat atas tapi sangat moist kat dalam ... penuh rasa coklat yang kami adik beradik suka ... :) Mak terpaksa akur dengan permintaan kami - "Jangan letak kacang !!! " ...

300 gms dark chocolate
200 gms tepung gandum
300 gms gula putih
250 gms butter
5 biji telur
100 gms chocolate chips
50 gms kacang gajus (mak tak letak sbb kitaorg tak suka)

  • Pecahkan chocolate menjadi kepingan kecil dan masukkan dalam mangkuk kaca dengan mentega. Kukuskan hingga kedua dua bahan menjadi cair.
  • Setelah cair, angkat mangkuk dari periuk kukus dan masukkan telur satu per satu di selang seli bersama gula dan tepung digaul sedikit sedikit. Gaul setiap kali telur, gula dan tepung dicampur. Ulang proses ini hingga semua telur, tepung dan gula habis dicampur. Masukkan separuh chocolate chip dan kacang gajus yang telah dihancurkan.
  • Siapkan dulang pembakar dengan kertas minyak, sapukan sedikit mentega supaya brownies tidak akan melekat selepas dibakar. Tuangkan adunan dan sapukan supaya menjadi rata. Akhir sekali, taburkan lebihan chocolate chip dan kacang gajus.
  • Panaskan oven dengan suhu 180'C dan bakar selama 25 minit supaya brownies tidak menjadi terlalu kering. (mak bakar 50 minit)



Kami nak jugak yang macam Chef Norman buat kat TV ... tq mak !

Black Forest Cake - My #1 Favourite




Tapi yang herannya, mak kata ni kek zaman dulu, zaman mak muda-muda. Neway, saya suka sangat kek ni, dia tak manis sangat, pastu ada dark cherries dekat each layer, rasa masam-masam manis. Tapi saya tak berapa suka cherry yang kaler merah tu, walaupun memang dia yang mencantikkan kek ni  ... Nanti Kak Ngah nak kek ni untuk birthday Kak Ngah, ye mak ??? Sayang mak ..

Chocolate Chiffon Cake

(A)
30 gms cocoa powder
1/2 cup hot water

(B)
4 egg yolks
100 gms caster sugar
130 gms self-raising flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonate
1/4 cup oil
1 tsp vanilla essence


(C)
4 egg whites
1/4 tsp cream of tartar
65 gms caster sugar

  • Dissolve cocoa powder in hot water and set aside.
  • In a mixing bowl, add in egg yolk, oil, sugar, all the dry ingredients and melted cocoa powder. Beat until smooth.
  • In another bowl, beat egg whites, cream of tartar and sugar until fluffy.
  • Fold in egg yolk mixture into (C). Divide into 2.
  • Bake in 9" round tin at 180'C for 25 minutes each. 

Filling


(A)
350 gms whipping cream
1 cup milk
1 tsp vanilla essence

(B) Mix together :
1 tbsp gelatin
1/4 cup hot water


Decoration


1 can pitted dark cherries (425 gms) - drained
maraschino cherries
chocolate
  • Beat (A)
  • Add in (B)

Assembly

  • Slice cake into 2 layers each and sandwich each layer with filling and dark cherries.
  • Finish off the top layer with filling only.
  • Decorate with maraschino cherry & chocolate.